09 Januari 2013

Team Rembau 2012 / 2013


Tahniah kepada semua pemain, Jurulatih dan pegawai yang berjaya membentuk pasukan Rembau yang mantap dalam penyertaan liga bolasepak kali ini.

LIGA BOLASEPAK PIALA MB 2012 - Kumpulan 'F'
 
22/12/2012 - Perlawanan Pertama menentang Tamilar Sanggam
Keputusan : 1 - 2
 
29/12/2012 - Perlawanan Kedua menentang N9 Tigers
Keputusan : 4 - 0
 
 
 
 
 
 
06/01/2013 - Perlawanan Ketiga menentang Mimi Gemas Galaxy
Keputusan : ditangguhkan bagi memberi laluan Piala Tuanku 2013
 
 




 
LIGA BOLASEPAK PIALA TUANKU 2013

06/01/2013 - Perlawanan Pertama menentang Tampin di Mini Stadium Tampin 
Keputusaan : 9 - 0

 
 
13/01/2013 - Perlawanan Kedua menentang Tampin di Mini Stadium Rembau
Keputusan : Menang layak ke Separuh Akhir

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wbh

    Mohon mencadang agar berita Persatuan Bolasepak ini dipelbagaikan skopnya tetapi masih didasari dengan perkembangan sukan bolasepak itu sendiri.

    Misal contoh, berita yang dipaparkan buat masa ini, hanya memaparkan keputusannya sahaja. Mengapa tidak adakan ulasan perlawanan antara pasukan yang bertembung?

    Berapa banyak kad kuning dikeluarkan pada setiap perlawanan? Siapa man of the match untuk setiap match yang dipertandingkan? Bagaimana trend permainannya? Fast pace? Hambar atau sdang-sedang saja?

    Lagi satu rajin-rajin lah rapat dgn jurulatih, pengurus untuk minta ulasan permainan dan persembahan pasukan didikan mereka.

    Kemudian gunakan kebijaksanaan tuan punya blog ini membuat ulasan sendiri (not bias and fair) tentang corak permainan adakah mutu permainan semakin bagus atau sebaliknya...

    Nak tambah menarik, apabila dapat man of the match tu, buatlah satu sesi wawancara dengannya, setidak-tidaknya boleh kenal bakal bintang bolasepak yang akan dilahirkan di Rembau.

    Mungkin dengan ada data berita sebegini, boleh dijadikan satu batu loncatan untuk pihak persatuan Bola sepak negeri mendapatkan pelapis baru untuk bermain peringkat negeri kemudian daripada situ boleh diasah mereka main untuk peringkat negara pula...secara tidak langsung melalui info daripada blog ini dapat dijadikan pasaran pemain tempatan.

    Mungkin apa yang dicadangkan ni agak 'melampau' bagi orang-orang yang kurang yakin...tapi kalau tak dicuba, kita takkan tahu hasilnya.

    Laporan yang ada hanya memaparkan keputusan perlawanan ni tak ubah macam kaki ekor sibuk nak tengok keputusan nombor ekor yang mereka tikam...

    Mungkin alasan diberi "orang nak baco keputusan ajo yo..." tugas sebagai pengulas, perlu ada keyakinan untuk mendidik masyarakat agar mendapat info melalui analisa yg komprehensif dan menarik...seterusnya menggalakkan budaya membaca...bacalah walaupun sekadar laporan bolasepak.

    Terima kasih...

    BalasPadam